Undang-undang

Undang-undang Dadah Malaysia

Akta Dadah Berbahaya 1952

Tafsiran ‘Pengedaran  Dadah’ termasuklah semua seperti menghilang, mengimport, mengeksport, menyimpan, menyembunyikan, membeli, menjual, memberi, menerima, menyetor, mengendalikan. Mengangkut, membawa, menghantar, mengirim, mendapat, membekal atau mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu adalah dianggap mengedar mana-mana dadah berbahaya. Seseorang itu dianggap mengedar dadah sekiranya didapati dalam miliknya :
15 gram atau lebih berat heroin
  • 15 gram atau lebih berat morfin
  • 15 gram atau lebih berat monoasetimorfin
  • Sejumlah 15 gram atau lebih berat heroin, morfin dan mono setil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 1,000 gram atau lebih berat candu masak
  • 1,000 gram atau lebih berat candu mentah
  • Sejumlah 200 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 40 gram atau lebih berat kokain
  • 2,000 gram atau lebih berat daun koka
  • 50 gram atau lebih berat Amino-hoxy-4 methyl phenypropane
  • 50 gram atau lebih berat 2-Amini-1 (2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 50 gram atau lebih berat amphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 2,5 Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 50 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
  • 50 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)
  • 50 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 50 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 50 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
  • 50 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine
  • 50 gram atau lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 50 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 50 gram atau lebih berat 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)
  • Sejumlah 50 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikandi dalam perenggan (xi) hingga (xxiv)
  • Seseorang itu adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya didapati dalam miliknya terdapat :
  • 5 gram atau lebih berat heroin
  • 5 gram atau lebih berat morfin
  • 5 gram atau lebih berat monoasetilmorfin
  • Sejumlah 5 gram atau lebih berat heroin, morfin dan monoasetil morfin atau sejumlah 15 gram atau lebih berat bagi mana-mana dua daripada dadah berbahaya tersebut.
  • 250 gram atau lebih berat candu masak
  • 250 gram atau lebih berat candu mentah
  • Sejumlah 250 gram atau lebih berat candu masak dan mentah
  • 50 gram atau lebih berat ganja
  • 50 gram atau lebih berat resin ganja
  • Sejumlah 50 gram atau lebih berat ganja dan resin ganja
  • 15 gram atau lebih berat kokain
  • 750 gram atau lebih berat daun koka
  • 30 gram atau lebih berat Amino-hoxy-4 methyl phenypropane
  • 30 gram atau lebih berat 2-Amini-1 (2,5-dimethoxy-4 methyl) phenylpropane
  • 30 gram atau lebih berat amphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 2,5 Dimethoxyamphetamine (DMA)
  • 30 gram atau lebih berat Dimethoxybromoamp hetamine (DOB)
  • 30 gram atau lebih berat 2-5-Dimethoxy-4-ethylamphetamine (DOET)
  • 30 gram atau lebih berat Methamphetamine
  • 30 gram atau lebih berat 5-Methoxy-3, 4-Methylenedioxyamphetamine (MMDA)
  • 30 gram atau lebih berat N-ethyl MDA
  • 30 gram atau lebih berat N-hyroxy MDA
  • 30 gram atau lebih berat N-methyl-1-(3, 4-methylenedioxxpheny)-2-butanamine
  • 30 gram atau lebih berat 3, 4-Methylenedioxy-methamphetamine (MDMA)
  • 30 gram atau lebih berat Paramethoxyamphetamine (PMA)
  • 30 gram atau lebih berat 3, 4, 5-Trimethoxyamphetamine (3, 4, 5-TMA)
  • Sejumlah 30 gram atau lebih mana-mana gabungan daripada dadah-dadah berbahaya yang disenaraikan didalam perenggan (m) hingga (z). Hukumannya ialah penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.
Seorang itu  adalah dianggap melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 sekiranya ia didapati menanam atau mengusahakan pokok ganja (walaupun sepohon) dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang daripada 6 sebatan.

Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2002 Akta A1167 telah diluluskan dan diwartakan pada 8 Ogos 2002. Dengan berkuatkuasanya menagih semula selepas 2 kali menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Serenti atau pengawasan di dalam komuniti akan dikenakan hukuman penjara dari 5 hingga 7 tahun dan sebatan tidak lebih dari 3 sebatan. Sekiranya mereka didapati menagih sekali lagi bagi kali ke-4, mereka akan dihukum penjara 7 hingga 13 tahun dan sebatan sebanyak 3 hingga 6 sebatan.

Akta Racun 1952
Tujuan akta ini diwujudkan ialah mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan, penggunaan racun dan penjualan semua jenis ubat-ubatan yang disenaraikan. Sesiapa yang didapati bersalah di bawah akta ini akan diambil tindakan di bawah Akta Racun 1952.

Akta Rawatan / Pemulihan 1983
Seseorang boleh ditahan untuk ujian air kencingnya di bawah Seksyen 3(1) APD (R&R) 1983 sekiranya disyaki sebagai penagih dadah. Setelah disahkan bahawa seseorang itu adalah penagih dadah, majistret boleh membuat perintah menurut Seksyen 6(1) samada penagih tersebut :

Menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan selama 2 tahun dan kemudiannya menjalani pengawasan selama 2 tahun atau
Diletakkan di bawah pengawasan seseorang pegawai untuk tempoh 2-3 tahun.

Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988
Akta ini dikuatkuasakan pada 10 Jun 1988 bertujuan memberi kuasa kepada kerajaan melalui :
  • Mengesan
  • Membeku
  • Merampas aset pengedar

Akta ini berkuatkuasa sekiranya tangkapan dibuat di bawah :
  • Seksyen 39 (B) ADB 1952
  • Seksyen 6 (B) ADB 1952
  • Seksyen 3(1) ADB (LLPK) 1985

Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas
Kategori orang yang boleh ditangkap di bawah akta ini adalah seperti berikut :
Orang yang telah ditangkap di bawah Seksyen 39 (B) ADB 1952 dan dibebaskan oleh mahkamah kerana kekurangan bukti untuk dituduh di mahkamah.

Orang yang disyaki dan dikenalpasti terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah melalui proses mengumpul maklumat, percakapan, risikan, saksi-saksi yang berurusan secara terus dengan seseorang itu.

Seseorang yang ditangkap di bawah akta ini akan :
  • Ditahan tidak melebihi 60 hari di bawah Seksyen 3(1) Akta Dadah Berbahaya (LLPK) 1952.
  • Tidak dibicarakan di mahkamah.
Proses Siasatan
Laporan siasatan dibuat oleh pihak Polis dan dihantar kepada Siasatan.
Pegawai Siasatan akan mengesahkan bahawa orang yang disyaki itu benar-benar terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah.

Laporan siasatan Polis dan laporan Pegawai Siasatan dikemukan kepada Menteri Dalam Negeri. Menteri akan menimbangkan kedua-dua laporan dan membuat keputusan sama ada untuk mengeluarkan Perintah Tahanan, Perintah Sekatan atau membebaskan orang tersebut.