seperti berikut :
- Opiat dan Opiat sintetik
- Stimulan
- Ganja
- Halusinogen
- Depresen
- Ubat-ubat dan bahan-bahan yan disalahguna
Dadah jenis opiat diperolehi daripada tumbuhan pokok popi. Getah
dikeluarkan daripada buah popi, lalu ia dikeringkan dan diproses menjadi dadah
kumpulan opiat iaitu candu, morfin dan heroin :
Candu adalah sejenis narkitik yang
mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu
dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna putih kepada
coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, menanjal (elastic) apaila
masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.
Morfin adalah sejenis alkaloid yang
diperolehi setelah diproses daripada candu mentah. Dalam pasaran gelap ia
dikenali sebagai morfin mentah, bes morfin, morfin sulfat atau morfin
hidroklorik.
Morfin Mentah
- Bentuk blok/serbuk
- Bertanda ‘999’
- Mengandungi 70% - 90% morfin
- Juga dikenali sebagai Heroin No. 1
Bes Morfin
- Seperti serbuk kopi halus
- Mengandungi 60% - 70% morfin
Pil-pil Morfin
- Mengandungi morfin sulfat/morfin hidroklorid
- Pil kecil berwarna putih/coklat pucat
Heroin
Heroin adalah dadah jalanan yang
paling kerap disalahguna oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin dalam bentuk
tulen adalah serbuk putih pahit yang merupakan produk yang terhasil daripada
pemprosesan morfin. Heroin mempunyai kekuatan berkali-kali ganda morfin.
Kodein adalah bahan alkaloid yang
wujud secara semula jadi di dalam candu. Walau bagaimanapun, kebanyakan kodein
di pasaran adalah yang dihasilkan daripada morfin. Dalam bidang perubatan,
kodein digunakan untuk melegakan kesakitan sederhana dan sebagai ubat batuk.
Opiat sintetik meliputi bahan-bahan
seperti ‘methadone’, ‘pethidine’, dipipanone’ dan ‘dextropropoxyphene’. Bahan-bahan
ini mempunyai sifat yang serupa dengan opiate dan digunakan dalam bidang
perubatan untuk melegakan kesakitan. Kini ‘methadone’ digunakan dalam rawatan
penagihan opiat di negara kita.
STIMULAN
Stimulan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsang aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat dua jenis stimulant iaitu jenis amfetamin atau ‘Amphetamine-type-stimulants (ATS)’ dan kokain.
Amfetamin adalah stimulant sintetik buatan manusia. Pada masa ini tidak ada ubat yang mengandungi amfetamin yang didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah. Dadah perangsang jenis amfetamin seperti methamphetamine (ice/syabu) dan “Methylenedioxy Methamphetamine” adalah dadah yang sangat berbahaya.
“Methamphetamine hydrochloride” merupakan satu jenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Ianya berbentuk kaca pecah dan kadangkala berbentuk seperti tawas. Contoh “methamphetamine hydrochloride” yang biasanya terdapat di Malaysia ialah syabu. Syabu lazimnya diproses secara haram dan tidak mempunyai kegunaan dari aspek perubatan.
Kokain
Kokain adalah serbuk putih yang
berasal daripada daun koka yang terdapat di Peru, Bolivia dan Colombia di
Pergununga Andes, Amerika Selatan. Daun koka banyak digunakan di negara-negara
Amerika Utara, Selatan dan Tengah di
samping negara-negara Eropah.
Kokain “Freebase” adalah bes kokain
yang bebas daripada segala campuran dan dihisap dalam bentuk tulen dengan
menggunakan paip khas. Kokain “Crack” adalah campuran kokain dengan serbuk
penaik dan berbentuk “granules”, “Crack” mempunyai ketulenan
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
sehingga 90% dan sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
ketagihan teruk dalam masa yang singkat.
“Methaylenedioxy-methamphetamine”
(MDMA) merupakan analo meskalin dan amfetamin. Ia dipanggil “feel good drug” dan boleh meningkatkan daya
tahan pengguna. Pil MDMA seringkali dibentuk dengan ikon atau logo bagi
memenuhi cita rasa pengguna muda.
Kanabis ialah istilah umum yang
digunakan untuk semua jenis dadah yang diperoleh daripada pokok “cannabis sativa”.
Pokok ini berasal dari kawasan beriklim panas seperti Asia, Mexico, Afrika dan
Timur Tengah. Ia merupakan bahan yang sangat kompleks dan mengandungi
sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana “tetrahydrocannabinol” (THC)
merupakan bahan psikoaktif yang utama.
Kanabis herba merujuk kepada daun
dan pucuk berbunga pokok ‘genus kanabis’ yang dikeringkan dalam bentuk ketulan.
Ia menyerupai tembakau tetapi berwarna lebih kehijauan.
Resin getah kanabis (hashish) ialah
getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan dan dihasilkan menjadi ketulan,
serbuk atau dicampurkan dengan lilin. Warnanya berbeza-beza daripada coklat
muda ke hijau, coklat tua atau hitam.
Minyak hashish daripada pengasingan
bahan kanabinoid dengan menggunakan bahan pelarut. Ia menyerupai minyak tar,
tidak larut dalam air dan menjadi pekat apabila terdedah kepada udara.
Halusinogen
Halusinogen adalah jenis dadah asli
dan sintetik yang mengubah pencerapan deria. Ia mengubah pandangan visual dan
menyebabkan ilusi sehingga susah membezakan yang benar dan tidak benar.
Halusinogen adalah ubat-ubatan
terjadual di bawah kawalan Kementerian Kesihatan.
LSD, DMT, PCP, meskalin dan
psilosibin semuanya termasuk dadah jenis halusinogen. Kesan penyalahgunaan
ubat-ubatan ini sukar dibuktikan.
Ubat-ubatan ini amat popular
disalahgunakan oleh golongan
“hippies” pada tahun 1960-1970. Kini ia diguna
oleh kebanyakan
penagih di negara-negara barat.
Depresen
Barbiturates
Ubat “depresen”
termasuk juga ubat-ubat “sedative” dan “tranquilizer”. Ubat-ubat ini bertindak
dalam sistem saraf tunjang manusia untuk memperlahankan atau menghentikan
fungsi-fungsi tubuh.
Contoh ubat “sedative” ialah “barbiturates” manakala contoh “tranquilizer” ialah “erimin-5”,
“rohypnol” dan “valium”. “Erimin-5” sejenis “sedative” yang kerap
disalahgunakan oleh mereka yang menyalahguna “club drugs” untuk membantu mereka
kembali ke kehidupan rutin.
Penagih heroin
juga menganggap “erimin-5” sebagai pengganti heroin apabila harga pasaran haram
heroin tinggi.
“Rohypnol”
sejenis “sedative” yang sangat kuat kesannya
sehingga ia kerap disalahguna di
kelab malam bukan sahaja
sebagai “club drugs”, bahkan juga sebagai “rape drugs”
oleh
perogol. “Rohypnol” boleh mengakibatkan kematian apabila
disalahgunakan bersama
alkohol.
Alkohol adalah minuman keras yang
lazimnya disalahguna terutamanya oleh pengunjung kelab-kelab malam. Alkohol
juga bertindak ke atas sistem saraf manusia dengan cara memperlahankan fungsi
dan reaksinya.
Penyalahgunaan alcohol bersama
dadah boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti hilang keseimbangan
badan dan tidak sedarkan diri.
Tindak balas kimia alkohol bersama
dadah yang diambil secara
berlebihan akhirnya boleh membawa maut.
“Gamma-hydroxybutyrate” (GHB) boleh
diperoleh dalam bentuk cecair jernih, serbuk putih, pil dan kapsul. GHB tidak
pernah diiktirafkan sebagai ubat da dikeluarkan dalam makmal haram tanpa
sebarang kepiawaian.
GHB juga kerap disalahgunakan
sebagai “rape drug” kerana boleh memitamkan mangsa dalam tempoh beberapa minit
sahaja.
Ketamin pula sejenis ubat bius
haiwan yang kerap disalahgunakan dengan cara “smoked” atau “snorted” untuk
mendatangkan khayalan seperti bius.
Ubat –ubat dan
Bahan Yang Disalahguna
Steroid sejenis ubat yang merupakan
hormone testoren sintetik. Steroid digunakan oleh doctor untuk merawat pesakit
lelah dan lain-lain. Steroid kerap disalahgunakan oleh atlit di seluruh dunia
walaupun terdapat kajian baru yang menunjukkan steroid tidak menyebabkan
pertumbuhan otot atau peningkatan kekuatan fizikal. Penyalahgunaan steroid
mendatangkan banyak kesan sampingan yang buruk seperti boleh menyebabkan kanser
hati.
Gam, petrol dan inhalan lain
walaupun tidak perlu dibeli di pasaran haram, juga boleh menghasilkan kesan
seperti dadah apabila disalahgunakan. Menghidu gam akan menyebabkan kerosakan
otak yang kekal (gila) dalam masa yang singkat.
Kekerapan menghidu gam atau petrol
boleh mengkhayalkan pengguna dan menyebabkan seseorang itu ketagihan. Kini kerajaan
Malaysia sedang dalam proses menggubal Akta Bahan Mengkhayalkan agar gejala
penyalahgunaan bahan seperti ini dapat ditangani.
Daun ketum atau “species
mytrangynine” yang telah disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik dalam
Akta Racun 1952 juga kerap disalahgunakan oleh segolongan rakyat di Utara dan
Timur Semenanjung Malaysia.
Pokok Ketum ialah sejenis tumbuhan
daripada keluarga Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah
Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand.
Daun Ketum telah lama menjadi bahan
perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru bersalin.
Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan
mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air
rebusan daun ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada
pengguna biasa.
Terdapat juga di sesetengah tempat
di mana daun ketum direbus bersama-sama dengan ubat nyamuk, supaya memberi
kesan yang lebih kuat kepada peminumnya. Ia dikatakan berupaya menjadikan
seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah
disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance)
Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok ketum telah diisytiharkan
sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.
Selain daripada ubat bius dan “depresen”,
lazimnya ubat-ubatan yang kerap disalahguna adalah berkaitan dengan ubat
penenang, ubat tidur, ubat untuk menahan sakit (pain killer) dan sebagainya.
Penggunaan yang kerap, banyak dan
secara berpanjangan akan menyebabkan kebergantungan kepada ubat-ubatan
berkenaan.