Langkah-langkah


PERANAN SEMUA PIHAK DALAM MENGATASI MASALAH DADAH

Peranan individu :
  • Tidak sesekali mencuba dadah
  • Tidak berseronok secara berlebihan
  • Kenalpasti pengaruh yang kurang sihat di sekeliling anda
  • Jagalah harga diri
  • Ketahuilah apa  yang penting bagi diri anda
  • Tingkatkan keyakinan diri pada setiap masa
  • Sentiasa terapkan nilai yang baik dan mempraktikkannya
  • Berkeyakinan dalam membuat keputusan bijak
  • Mengatasi masalah bukan dengan dadah
  • Bersikap rasional dan positif
  • Hindari kawasan berisiko dadah
  • Membantu persekitaran bebas dari dadah


Peranan ibu bapa / keluarga
  • Bentuk anak-anak dengan memberikan kasih sayang
  • Sentiasa menjadi teladan yang baik
  • Mengambil berat dan berikan perhatian
  • Sentiasa membimbing ke arah kesejahteraan
  • Mendengar dengan aktif
  • Tidak berprasangka buruk
  • Menyelesaikan masalah yang ada
  • Sentiasa berbincang dan bercakap benar
  • Berikan alas an yang jelas
  • Bersabar menghadapi kerenah anak-anak
  • Sentiasa bertolak ansur dan bersabar
  • Jangan menghukum sebelum mendengar dan mengetahui dengan jelas
  • Faham perasaan anak dengan prihatin dan kasih sayang
  • Berkomunikasi dengan berkesan dan hormati pendapat anak anda
  • Ketahuilah apa yang anak-anak anda lakukan, siapa rakan-rakan mereka, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan pada masa lapang

Peranan masyarakat
  • Membantu dan menjana perlaksanaan program pemulihan
  • Melibatkan diri dengan menyumbangkan idea, saranan dan tenaga bagi penyelesaian permasalahan dadah
  • Penerimaan bahawa bekas penagih dadah masih berguna pada masyarakat
  • Menyokong usaha ke arah membebaskan kawasan persekitaran dengan dadah
  • Membimbing bekas penagih supaya lebih bertanggungjawab
  • Memupuk semangat bencikan dadah
  • Sentiasa bekerjasama dengan semua pihak untuk menyekat kemasukan dadah ke kawasan setempat

Peranan sekolah & institusi pengajian tinggi
  • Membantu dalam usaha pencegahan dengan pengesanan awal penagihan dalam kalangan pelajar
  • Mempelbagaikan usaha program pencegahan dadah
  • Memantapkan kefahaman dan keyakinan pelajar dalam menolak dadah
  • Menyediakan program yang berkesan supaya mesej dan sasaran lebih tepat
  • Program penerangan mengenai isu dadah sentiasa dipertingkatkan selaras dengan perkembangan isunya
  • Menyebarkan maklumat tentang bahaya dadah
  • Menjadi penyalur maklumat yang efektif
  • Bersama dalam merancang dan melaksanakan program untuk membasmi dadah

Peranan pertubuhan sukarela / NGO / swasta 
  • Membantu bekas penagih dadah mengintegrasi diri dalam masyarakat
  • Memberikan sokongan padu dengan mengambil bahagian dalam setiap program pemulihan dan aktiviti pencegahan
  • Menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit dalam usaha membanteras dadah
  • Menyediakan alternatif untuk penagih dadah mendapatkan kepulihan
  • Mengakui kebolehan bekas penagih untuk bekerja