Pengenalan

Apakah itu dadah?



Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental dan emosi) serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung hidup kepada dadah tersebut dan menyebabkan ketagihan.

Pelbagai dadah dikenali sebagai heroin, morfin dan ganja pada hakikatnya merangkumi semua bahan yang boleh memberi kesan seperti  yang dinyatakan. Tembakau dan arak juga merupakan dadah dan pengambilan yang berlebihan mendatangkan kesan yang memudaratkan.

Dadah  adalah satu-satunya masalah sosial yang paling rumit yang sedang dihadapi oleh negara. Masalah ini mula diperkatakan sejak tahun 70-an lagi, namun sehingga kini masih tidak menampakkan perubahan positif.

Sila klik link di bawah untuk melihat koswer :




Ciri-ciri Dadah

  • Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
  • Mempunyai kesan yang paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).     
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang.
  • Diperoleh secara haram.
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah.
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.


Ciri-Ciri Penagihan Dadah
  • Kemerosotan kehadiran di sekolah atau tempat kerja, mutu kerja, disiplin dan hasil kerja.
  • Kemerosotan rupa paras dan kebersihan diri.
  • Selalu mengunjungi tempat terpencil untuk mengambil dadah.
  • Suka meminjam wang dari kawan-kawan atau mencuri barang-barang.
  • Hilang selera makan dan kurang berat badan.